Pustaka Negeri anjur Pertandingan Memancing Lan Ngail ... - Memancing di sarawak
Pustaka Negeri anjur Pertandingan <b>Memancing</b> Lan Ngail <b>...</b> - Memancing di sarawak |
Pustaka Negeri anjur Pertandingan <b>Memancing</b> Lan Ngail <b>...</b> Posted: 29 Sep 2014 02:48 PM PDT KUCHING: Sempena Karnival Ilmu dan Hari Inovasi, Pustaka Negeri Sarawak menganjurkan Pertandingan Memancing Lan Ngail di Tasik Pustaka, kelmarin. Seramai 199 peserta mengambil tempat di sekitar tasik bagi menyertai pertandingan yang bermula pada jam 8 pagi hingga 1 petang itu. Pertandingan itu merupakan program anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Pustaka yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Pustaka dan orang awam. Ia juga menjadi aktiviti riadah di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Razali Sebli, juara pancing yang berjaya merangkul kedudukan johan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800 serta peralatan memancing manakala tempat kedua pula berjaya dirangkul oleh Awang Ismail Awang Ramli yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta peralatan memancing. Manakala tempat ketiga dimenangi Sahri Suip yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300 serta peralatan memancing. Peralatan memancing merupakan tajaan TCE Tackels Sdn Bhd. Razali berjaya memancing ikan rohu seberat 2 kilogram (kg) manakala Awang Ismail pula berjaya memancing ikan rohu seberat 1.9 kg yang melayakkannya menduduki tempat kedua dan ikan rohu seberat 1.8 kg dipancing Sahri. We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules. |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan