Pertandingan Memancing Pra-HPPNK pada 15 November ini ... - Memancing di sarawak
Pertandingan <b>Memancing</b> Pra-HPPNK pada 15 November ini <b>...</b> - Memancing di sarawak |
- Pertandingan <b>Memancing</b> Pra-HPPNK pada 15 November ini <b>...</b>
- <b>Memancing</b> Laut Dalam <b>Di Sarawak</b> ... - <b>Pancing Sarawak</b>
- berhujung minggu sambil <b>memancing di</b> <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b>
Pertandingan <b>Memancing</b> Pra-HPPNK pada 15 November ini <b>...</b> Posted: 09 Nov 2015 04:33 PM PST KUCHING: Jabatan Perikanan Laut Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menganjurkan Pertandingan Memancing Pra-Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) pada 15 November ini. Pertandingan itu akan diadakan di Kolam Pustaka Negeri Sarawak dekat sini dan ia diadakan sempena sambutan HPPNK 2015 pada 27 November hingga 3 Disember di pekarangan Dewan Duarah Kota Samarahan dekat sini. Bagi tujuan itu, Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak Belayong Nyauk melepaskan induk ikan patin, keli dan baung pelbagai saiz di kolam Pustaka Negeri, semalam. Bercakap kepada pemberita ketika ditemui, Belayong yakin pertandingan itu akan disertai sekurang-kurangnya 60 peserta. "Saya menggalakkan penduduk Kuching khasnya serta yang tinggal di sekitarnya menyertai pertandingan ini, antara program sampingan untuk mempromosikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2015," katanya. Pertandingan itu katanya, terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 10 tahun dan ke atas dengan yuran RM10 dikenakan untuk setiap peserta. Mengenai kategori pertandingan, Belayong memberitahu bahawa ia dibahagikan kepada dua iaitu Tangkapan Ikan Terberat dan Tangkapan Misteri. Menurutnya pengadilan untuk kategori Tangkapan Ikan Terberat berdasarkan ikan terberat seekor dalam timbangan gram atau kilogram (kg). Manakala pengadilan bagi kategori Tangkapan Misteri berdasarkan jenis ikan kategori istimewa yang ditentukan pihak penganjur, tambahnya. "Kami menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 untuk tempat pertama kategori Tangkapan Ikan Terberat, RM2,000 untuk naib johan, RM1,000 bagi pemenang tempat ketiga manakala pemenang tempat keempat hingga ke-10 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM300. "Bagi kategori Tangkapan Misteri, hadiah wang tunai RM300 menanti pemenangnya," jelas Belayong lagi. Mereka yang berminat katanya, boleh mendapatkan borang di Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Pejabat Perikanan Wilayah 1, Kuching, Pusat Pengembangan Perikanan Laut (PPPL) Jalan Perbadanan Bintawa Kuching dan Pustaka Negeri Sarawak. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Anthony Nogeh Gumbek dijadual menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sementara itu Belayong berkata pelbagai spesies ikan yang terdapat di negeri ini akan dipamerkan semasa HPPNK di Kota Samarahan kelak. Beliau memberitahu, antara ikan yang akan dipamerkan ialah ikan empurau serta spesies-spesies ikan lain termasuk dugong. Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak (Perikanan) Boniface Litis dan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhassan. |
<b>Memancing</b> Laut Dalam <b>Di Sarawak</b> ... - <b>Pancing Sarawak</b> Posted: 23 Oct 2015 03:18 PM PDT Kolam Memancing Air Tawar Di Kuching | Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dimanakah lokasi memancing kolam air tawar di Kuching, Sarawak ini. Yelah, kaki pancing ni memang tak senang duduk rumah kalau terkenang kembali aksi menaikkan ikan keli 10kg tu kan. Ada masa lapang pasti akan turun ke mana saja untuk memancing. Dah kaki pancing kan haha.. Disini saya nak kongsikan dengan anda semua lokasi Kolam Memancing Kolam Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Senarai lokasi tersebut adalah: 1. Siniawan Fishing Ville Siniawan Fishing Ville merupakan Kolam Memancing yang terletak 18.9 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Kolam Memancing berbayar ini menempatkan pelbagai jenis ikan didalam kolamnya, antaranya adalah: Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Tongsan, Ikan Pacu, Ikan Talapia, Ikan Sultan,Ikan Belidak, Ikan Rumput dan banyak lagi. Berminat mengetahui lebih lanjut, anda boleh ke page facebook mereka disini- Siniawan Fishing Village dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor Hp ini- 013-818 9903. 2. Miracle Fishing Village Batu 14@ Miracle 28 Miracle Fishing Village adalah Kolam Memancing yang baru beroperasi pada bulan Oktober 2013. Kolam Memancing ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Seperti Kolam Memancing Air Tawar yang lain, kolam ini juga menempatkan Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Talapia, Ikan Pacu, Ikan Kaloi, Ikan Sultan, Ikan Tongsan dan lain-lain lagi. Tauke Kolam Memancing ni tak pandai buka page facebook, so tak ada lah page kolam baru ni. Mungkin lepas tauke neo tu dah belajar ada page lah kot hehe..Jika berminat, boleh hubungi nombor ini- 014-8798228. 3. Kolam Memancing Kampung Semaba Kolam Memancing di Kampung Semaba ni belum pernah lagi saya cuba memancing, dengar khabar banyak Ikan Siakap dekat sini. Selain itu, Ikan Patin dan Ikan Pacu dengan saiz besar ada disni. Jika berminat boleh tengok map dibawah dan rasai sendiri pengalamannya. Kolam ni terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching, kira-kira 15 kilometer kalau tak silap. Dengan melalui Jalan Semaba, kolam ini di Lorong 10. Nombor untuk dihubungi tak dapat saya berikan, yelah saya sendiri belum ke kolam ni. Kalau berkesempatan pasti akan mencuba di kolam ni. Setakat ini, hanya 3 Kolam Memancing Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Kolam yang pernah disebut-sebut dan tiada kepastian lokasi tu belum sempat disiasat lokasi sebenar. Jika ada, akan saya kongsikan disini. Sekian. |
berhujung minggu sambil <b>memancing di</b> <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b> Posted: 29 Aug 2015 03:34 PM PDT KAMPUNG SEMEBA,KOTA SENTOSA,KUCHING,SARAWAK Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan kampung ini di sekitar Kuching.Mungkin kerana jarang - jarang di dengar,jarang - jarang disebut dan macam - macam lagilah.Pada Hujung minggu yang lepas saya dapat satu panggilan dari seorang seorang kawan ajak lepak kat kampung ni. Punya jauh saya drive dari rumah menuju ke kampung ni,namun kerana rasa ingin tahu yang mendalam nak tengok tempat yang tak pernah saya pergi,saya teruskan perjalanan dan setelah beberapa follow up call dengan kawan saya akhirnya jumpa juga kampung ni di hujung belantara. Kampung ni terletak di hujung jalan di KAMPUNG HAJI BAKI,KOTA SENTOSA,KUCHING SARAWAK.kemudian lurus je masuk ke dalam sampai jumpa LORONG NO 10...masuk.. kemudian belok kiri kat simpang yang ada patung ikan... SAMPAI KE DESTINASI. -Mengikut explaination kawan saya masa tu- APA YANG BEST KAT KAMPUNG SEMEBA NI? Pertama sekali anda sampai kat kawasan ni anda akan di sambut dengan pemandangan yang sangat MENENANGKAN.Sungguh menenangkan dengan tasik yan tenang dan boleh melihat pemandangan langit biru dengan kapal terbang yang baru berlepas dari LAPANGAN TERBANG ANTRA BANGSA KUCHING. Tetapi apa yang lebih menariknya tempat ini sebagai destinasi keluarga di hujung minggu adalah kita boleh memancing di dalam tasik tersebut.Sambil - sambil santai - santai menikmati pemandangan alam semula jadi yang membuat kita relak dengan angin yang sepoi - sepoi bertiup. Namun untuk pertama kali berkunjung ke sini saya dengan kawan saya memutuskan untuk CATCH,PICTURE AND RELEASE.. maksudnya...pancing,dapat ikan,tangkap gambar dan lepas balik ke tasik. hihi.. Antara ikan yang terdapat di sini adalah Ikan keli,Ikan patin,Ikan Sultan,dan pelbagai lagi.Anda juga dibenarkan untuk membawa Peralatan memancaing anda sendiri. Untuk setiap ikan yang anda dapat tangkap.sekiranya anda ingin membawa pulang anda hanya di kenakan bayaran RM7.00 / kilogram.Memang berbaloi lah.. lagipun kalau nak buat barbeque teruspun boleh kat di situ.Peralatan untuk memanggang juga di sediakan oleh tuan tanah untuk para pengunjung yang ingin memanggang ikan.Cuma bayar dulu ler. Selain itu tempat ini juga menyediakan jualan IKAN KELI HIDUP dengan bayaran RM7.00/KG bagi yang ingin membeli dan di bawa pulang. Terdapat juga CAFE yang menjual minuman dan pelbagai makanan ringan bagi yang haus menunggu ikan memakan umpan. Kesimpulannya, Tak sia - sia datang dari jauh dan susah payah cari tempat ni.Boleh dijadikan salah satu hujung minggu untuk menenangkan fikiran dan bersantai bersama member sambil mencari ilham macam mana memperKAYAkan kandungan blog saya ni. Kepada mereka yang meminati aktiviti memancing ni.. bolehlah melepaskan gian memancing anda di sini. OK.. AZLAN RUMADI www.azlanrumadi.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 ulasan