Telaga Air kini mempunyai kedai peralatan memancing ... - Memancing di sarawak

Blog Admin | Isnin, Disember 07, 2015 | 1 ulasan

Telaga Air kini mempunyai kedai peralatan <b>memancing</b> <b>...</b> - Memancing di sarawak


Telaga Air kini mempunyai kedai peralatan <b>memancing</b> <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2015 02:40 PM PST

KUCHING: Pusat tarikan pelancong Telaga Air terkenal sebagai hab memancing kini mempunyai kedai menjual dan baik pulih peralatan memancing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pembukaan kedai menjual dan baik pulih peralatan memancing di situ menggalakkan pembangunan ekonomi masyarakat di Telaga Air dalam menyediakan aktiviti memancing kepada pelancong.

"Selalunya pelancong datang terutamanya kalangan kaki pancing sebelum ini terpaksa pergi ke Kuching mendapatkan peralatan mahupun membaik pulih pancing.

"Tetapi kini tidak perlu lagi kerana di sini sudah ada kedai menjual dan membaik pulih peralatan memancing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kedai menjual dan baik pulih peralatan meman-cing, Udin Joran di Telaga Air dekat sini semalam.

Pada masa sama Dr Rahman turut menyarankan agar penduduk di kawasan itu dapat menyediakan kemudahan memancing sampingan kepada kaki pancing.

"Kedai peralatan meman-cing sudah ada, apa yang perlu ditambah adalah kemudahan bot memancing yang mempunyai ciri keselamatan lengkap dan tahu lokasi menarik untuk memancing," tambahnya.

Kedai menelan kos sebanyak RM40,000 itu milik Zainudin Kopon, 42, anak tempatan dari Kampung Telaga Air yang sebelum ini menjalankan aktiviti perniagaan dan baik pulih peralatan memancing di rumah sejak 13 tahun lalu.

Mengenai perkembangan lain, Dr Rahman berkata pihaknya sudah mengemuka-kan permohonan bagi membina baharu dan membaik pulih pontun dan bumbung Esplanade Telaga Air yang mengalami kerosakan akibat angin kencang awal November lalu.

"Kos untuk membaik pulih bagi pontun dianggarkan berjumlah RM500,000 manakala bumbung pula sekitar RM950,000," jelasnya.

Print Friendly

berhujung minggu sambil <b>memancing di</b> <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b>

Posted: 29 Aug 2015 03:34 PM PDT

KAMPUNG SEMEBA,KOTA SENTOSA,KUCHING,SARAWAK

 Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan kampung ini di sekitar Kuching.Mungkin kerana jarang - jarang di dengar,jarang - jarang disebut dan macam - macam lagilah.Pada Hujung minggu yang lepas saya dapat satu panggilan dari seorang seorang kawan ajak lepak kat kampung ni.

Punya jauh saya drive dari rumah menuju ke kampung ni,namun kerana rasa ingin tahu yang mendalam nak tengok tempat yang tak pernah saya pergi,saya teruskan perjalanan dan setelah beberapa follow up call dengan kawan saya akhirnya jumpa juga kampung ni di hujung belantara.

Kampung ni terletak di hujung jalan di KAMPUNG HAJI BAKI,KOTA SENTOSA,KUCHING SARAWAK.kemudian lurus je masuk ke dalam sampai jumpa LORONG NO 10...masuk.. kemudian belok kiri kat simpang yang ada patung ikan... SAMPAI KE DESTINASI.

-Mengikut explaination kawan saya masa tu-


APA YANG BEST KAT KAMPUNG SEMEBA NI?

Pertama sekali anda sampai kat kawasan ni anda akan di sambut dengan pemandangan yang sangat MENENANGKAN.Sungguh menenangkan dengan tasik yan tenang dan boleh melihat pemandangan langit biru dengan kapal terbang yang baru berlepas dari LAPANGAN TERBANG ANTRA BANGSA KUCHING. Tetapi apa yang lebih menariknya tempat ini sebagai destinasi keluarga di hujung minggu adalah kita boleh memancing di dalam tasik tersebut.Sambil - sambil santai - santai menikmati pemandangan alam semula jadi yang membuat kita relak dengan angin yang sepoi - sepoi bertiup.

Namun untuk pertama kali berkunjung ke sini saya dengan kawan saya memutuskan untuk CATCH,PICTURE AND RELEASE.. maksudnya...pancing,dapat ikan,tangkap gambar dan lepas balik ke tasik. hihi..

Antara ikan yang terdapat di sini adalah Ikan keli,Ikan patin,Ikan Sultan,dan pelbagai lagi.Anda juga dibenarkan untuk membawa Peralatan memancaing anda sendiri.

Untuk setiap ikan yang anda dapat tangkap.sekiranya anda ingin membawa pulang anda hanya di kenakan bayaran RM7.00 / kilogram.Memang berbaloi lah.. lagipun kalau nak buat barbeque teruspun boleh kat di situ.Peralatan untuk memanggang juga di sediakan oleh tuan tanah untuk para pengunjung yang ingin memanggang ikan.Cuma bayar dulu ler.







Selain itu tempat ini juga menyediakan jualan IKAN KELI HIDUP dengan bayaran RM7.00/KG bagi yang ingin membeli dan di bawa pulang.

Terdapat juga CAFE yang menjual minuman dan pelbagai makanan ringan bagi yang haus menunggu ikan memakan umpan.

Kesimpulannya,

Tak sia - sia datang dari jauh dan susah payah cari tempat ni.Boleh dijadikan salah satu hujung minggu untuk menenangkan fikiran dan bersantai bersama member sambil mencari ilham macam mana memperKAYAkan kandungan blog saya ni.

Kepada mereka yang meminati aktiviti memancing ni.. bolehlah melepaskan gian memancing anda di sini. OK..

 



AZLAN RUMADI

www.azlanrumadi.blogspot.com

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

1 ulasan:

  1. Unable to find Binance support account.
    Are you going through the issues in your Binance account? Do you want to fix those issues as soon as possible for the sleek running of the Binance exchange? If yes, what are you waiting for? Take your phone and dial Binance support number to get in touch with the professionals who are available round the clock and have remedies for every Binance issue. To contact them for the best results is the fruitful decision, any user can make. Binance support number


    More Details Visit Here:- https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance/

    BalasPadam