Pancing Sarawak: Blog Pancing: Kolam Memancing Air Tawar Di ... - Memancing di sarawak
<b>Pancing Sarawak</b>: Blog <b>Pancing</b>: Kolam <b>Memancing</b> Air Tawar <b>Di</b> <b>...</b> - Memancing di sarawak |
<b>Pancing Sarawak</b>: Blog <b>Pancing</b>: Kolam <b>Memancing</b> Air Tawar <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 03 Feb 2014 03:24 PM PST Kolam Memancing Air Tawar Di Kuching | Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dimanakah lokasi memancing kolam air tawar di Kuching, Sarawak ini. Yelah, kaki pancing ni memang tak senang duduk rumah kalau terkenang kembali aksi menaikkan ikan keli 10kg tu kan. Ada masa lapang pasti akan turun ke mana saja untuk memancing. Dah kaki pancing kan haha.. Disini saya nak kongsikan dengan anda semua lokasi Kolam Memancing Kolam Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Senarai lokasi tersebut adalah: 1. Siniawan Fishing Ville Siniawan Fishing Ville merupakan Kolam Memancing yang terletak 18.9 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Kolam Memancing berbayar ini menempatkan pelbagai jenis ikan didalam kolamnya, antaranya adalah: Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Tongsan, Ikan Pacu, Ikan Talapia, Ikan Sultan,Ikan Belidak, Ikan Rumput dan banyak lagi. Berminat mengetahui lebih lanjut, anda boleh ke page facebook mereka disini- Siniawan Fishing Village dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor Hp ini- 013-818 9903. 2. Miracle Fishing Village Batu 14@ Miracle 28 Miracle Fishing Village adalah Kolam Memancing yang baru beroperasi pada bulan Oktober 2013. Kolam Memancing ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Seperti Kolam Memancing Air Tawar yang lain, kolam ini juga menempatkan Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Talapia, Ikan Pacu, Ikan Kaloi, Ikan Sultan, Ikan Tongsan dan lain-lain lagi. Tauke Kolam Memancing ni tak pandai buka page facebook, so tak ada lah page kolam baru ni. Mungkin lepas tauke neo tu dah belajar ada page lah kot hehe..Jika berminat, boleh hubungi nombor ini- 014-8798228. 3. Kolam Memancing Kampung Semaba Kolam Memancing di Kampung Semaba ni belum pernah lagi saya cuba memancing, dengar khabar banyak Ikan Siakap dekat sini. Selain itu, Ikan Patin dan Ikan Pacu dengan saiz besar ada disni. Jika berminat boleh tengok map dibawah dan rasai sendiri pengalamannya. Kolam ni terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching, kira-kira 15 kilometer kalau tak silap. Dengan melalui Jalan Semaba, kolam ini di Lorong 10. Nombor untuk dihubungi tak dapat saya berikan, yelah saya sendiri belum ke kolam ni. Kalau berkesempatan pasti akan mencuba di kolam ni. Setakat ini, hanya 3 Kolam Memancing Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Kolam yang pernah disebut-sebut dan tiada kepastian lokasi tu belum sempat disiasat lokasi sebenar. Jika ada, akan saya kongsikan disini. Sekian. |
<b>Pancing Sarawak</b>: Bot karam, kaki <b>pancing</b> hilang - The Borneo Post <b>...</b> Posted: 06 Feb 2014 03:39 PM PST KABONG: Sekumpulan tujuh kaki pancing berhadapan dengan kejadian mencemaskan apabila bot yang dinaiki mereka terbalik dipukul ombak kuat di Simpang Tiga Tanjung Kuali, di sini, petang Rabu lalu. Berikutan itu, seorang penumpang bot terbabit yang dikenali sebagai Nurul Aizan Daraman, 24, telah hilang manakala enam rakannya berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke tepi dengan berpaut pada bot yang terbalik. Mangsa terselamat ialah Chee Mat, 24, Mohamad Azhar Salleh, 24, Abang Mohd Shammyl Abang Mansor, 24, Mohd Hafizul Izzani Abang Mansor, 17, Mohd Zulhelmi Bolhassan, 17, dan Aman Affendi, 31. Mangsa hilang merupakan seorang kakitangan di Hospital Saratok. Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, sehingga jam 4.40 petang semalam belum ada sebarang berita mengenai penemuan mangsa. "Usaha mencari dan menyelamat mangsa diteruskan pada hari ini (Ahad) sekiranya mangsa masih belum ditemui," jelasnya. Operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak petang hari kejadian oleh penduduk kampung bersama pihak polis, bomba, RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) dan Maritim. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan