Blog Pancing: Kolam Memancing Air Tawar Di Kuching - Memancing di sarawak

Blog Admin | Selasa, Februari 04, 2014 | 0 ulasan

Blog <b>Pancing</b>: Kolam <b>Memancing</b> Air Tawar <b>Di Kuching</b> - Memancing di sarawak


Blog <b>Pancing</b>: Kolam <b>Memancing</b> Air Tawar <b>Di Kuching</b>

Posted: 15 Jan 2014 06:00 PM PST

Kolam Memancing Air Tawar Di Kuching | Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dimanakah lokasi memancing kolam air tawar di Kuching, Sarawak ini. Yelah, kaki pancing ni memang tak senang duduk rumah kalau terkenang kembali aksi menaikkan ikan keli 10kg tu kan. Ada masa lapang pasti akan turun ke mana saja untuk memancing. Dah kaki pancing kan haha..

Disini saya nak kongsikan dengan anda semua lokasi Kolam Memancing Kolam Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Senarai lokasi tersebut adalah:

1. Siniawan Fishing Ville

Siniawan Fishing Ville merupakan Kolam Memancing yang terletak 18.9 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Kolam Memancing berbayar ini menempatkan pelbagai jenis ikan didalam kolamnya, antaranya adalah: Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Tongsan, Ikan Pacu, Ikan Talapia, Ikan Sultan,Ikan Belidak, Ikan Rumput dan banyak lagi.

Berminat mengetahui lebih lanjut, anda boleh ke page facebook mereka disini- Siniawan Fishing Village dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor Hp ini- 013-818 9903.

2. Miracle Fishing Village Batu 14@ Miracle 28

Miracle Fishing Village adalah Kolam Memancing yang baru beroperasi pada bulan Oktober 2013. Kolam Memancing ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Seperti Kolam Memancing Air Tawar yang lain, kolam ini juga menempatkan Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Talapia, Ikan Pacu, Ikan Kaloi, Ikan Sultan, Ikan Tongsan dan lain-lain lagi.

Tauke Kolam Memancing ni tak pandai buka page facebook, so tak ada lah page kolam baru ni. Mungkin lepas tauke neo tu dah belajar ada page lah kot hehe..Jika berminat, boleh hubungi nombor ini- 014-8798228.

3. Kolam Memancing Kampung Semaba

Kolam Memancing di Kampung Semaba ni belum pernah lagi saya cuba memancing, dengar khabar banyak Ikan Siakap dekat sini. Selain itu, Ikan Patin dan Ikan Pacu dengan saiz besar ada disni. Jika berminat boleh tengok map dibawah dan rasai sendiri pengalamannya.

Kolam ni terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching, kira-kira 15 kilometer kalau tak silap. Dengan melalui Jalan Semaba, kolam ini di Lorong 10.


Nombor untuk dihubungi tak dapat saya berikan, yelah saya sendiri belum ke kolam ni. Kalau berkesempatan pasti akan mencuba di kolam ni.

Setakat ini, hanya 3 Kolam Memancing Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Kolam yang pernah disebut-sebut dan tiada kepastian lokasi tu belum sempat disiasat lokasi sebenar. Jika ada, akan saya kongsikan disini. Sekian.

<b>Pancing Sarawak</b>: 370 peserta sertai Pertandingan <b>Memancing</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2014 03:34 PM PST

KUCHING: Sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2013, Pustaka Negeri menganjurkan Pertandingan Memancing Pustaka di Tasik Pustaka, semalam.

Seramai hampir 370 peserta mengambil tempat di sekitar tasik bagi menyertai pertandingan yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari itu.

Pertandingan itu merupakan program anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Pustaka yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Pustaka dan orang awam.

Ia juga menjadi aktiviti riadah di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pertandingan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang turut  menyempurnakan majlis perasmian dengan melepaskan dua ikan yang telah ditanda ke dalam tasik yang turut menjadi taruhan pada pertandingan tersebut.

Dennis Lahang, juara pancing yang berjaya merangkul kedudukan di tempat pertama dan ketiga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,100 serta peralatan memancing manakala tempat kedua pula berjaya dirangkul oleh Mohd Jili yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta peralatan memancing.

Dia berjaya memancing ikan rohu seberat 2.495 kilogram dan ikan lampam seberat 0.845 kilogram manakala Jili pula berjaya memancing ikan lampam seberat 1.5 kilogram yang melayakkannya menduduki tempat kedua.

Sementara itu, Pustaka Negeri turut mengadakan demonstrasi jong di mana ia mempersembahkan model kapal Melayu jong yang merupakan kapal asal yang belayar di sekitar Kepulauan Melayu.

Hadir sama Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

<b>Pancing Sarawak</b>: <b>Memancing</b> Kolam Berbayar Part 1 | Blog <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2014 03:15 PM PST

Memancing ikan di Kolam Berbayar memang tidak begitu menyeronokkan. Tahu kenapa? asyik melayan ikan naik ke darat, mata tak lari memerhatikan jam tangan di lengan. Biasalah setiap saat duduk memancing tu dibayar hehe..

Kali ini saya dengan rakan-rakan memancing di Kolam Berbayar Miracle 28, Batu 14, Jalan Kuching-Serian, Kuching, Sarawak. Perjalanan mengambil masa 30 minit daripada Bandaraya Kuching.


Berumpankan dedak, cengkerik dan cacing kami berjaya menaikkan beberapa ikan Keli ni. Paling berat 3.23 kg.

Ada masa nak pergi memancing lagi..

Blog Ustazah Liana ;): permainan <b>memancing</b> - <b>Pancing Sarawak</b>

Posted: 20 Jan 2014 03:19 PM PST

lame x cite pasal contoh bbm yg saye wt mase mengajar..kene amik mood sikit nk menaip...bizi semenjak jadi wife ni..bizi ke??haha..semalam saye main permainan memancing huruf hijaiyyah berbaris atas dalam kelas..k jom tengok gambar di bawah

alat mancing mainan tu saye beli kt kedai 2ringgit je..murah ok...sebenarnye ade ikan die sekali..tapi kecik sgt...tertinggal kat rumah semenanjung..kad2 ikan tu saye print pastu laminatekan supaye tahan lame..kad ikan ni mase praktikum tahun lepas punye..kite gune balik..hehe

memule sebelum memancing ikan kite main sep2 dulu..ala yg budak2 selalu main tu..saye pun join main sekali..hehe..murid2 ni saye suruh nyanyi lagu alif ba ta sambil tepuk ke tangan kawan sebelah..sape yg last sekali kene tepuk mase lagu da habis die kene pancing ikan kt tengah tu^^


ikan tu saye letak klip kertas sebb kt pancing tu ade magnet...bagi arahan suruh murid pancing huruf ape


over excited nampak?? :p



ni name die syawal..syawal ni kalau cakap saye x faham sgt..ckp sarawak die pekat sikit..mase mengaja dorang ni saye kene la cakap sarawak..kamek pandey dah kelaka sarawak

posing dulu sebelum habis waktu^^

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan