Older Post - Pancing Sarawak - Blogger - Memancing di - Memancing di sarawak
Older Post - <b>Pancing Sarawak</b> - Blogger - <b>Memancing di</b> - Memancing di sarawak |
Older Post - <b>Pancing Sarawak</b> - Blogger - <b>Memancing di</b> Posted: 22 Feb 2014 03:16 PM PST Kolam Memancing Air Tawar Di Kuching | Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dimanakah lokasi memancing kolam air tawar di Kuching, Sarawak ini. Yelah, kaki pancing ni memang tak senang duduk rumah kalau terkenang kembali aksi menaikkan ikan keli 10kg tu kan. Ada masa lapang pasti akan turun ke mana saja untuk memancing. Dah kaki pancing kan haha.. Disini saya nak kongsikan dengan anda semua lokasi Kolam Memancing Kolam Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Senarai lokasi tersebut adalah: 1. Siniawan Fishing Ville Siniawan Fishing Ville merupakan Kolam Memancing yang terletak 18.9 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Kolam Memancing berbayar ini menempatkan pelbagai jenis ikan didalam kolamnya, antaranya adalah: Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Tongsan, Ikan Pacu, Ikan Talapia, Ikan Sultan,Ikan Belidak, Ikan Rumput dan banyak lagi. Berminat mengetahui lebih lanjut, anda boleh ke page facebook mereka disini- Siniawan Fishing Village dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor Hp ini- 013-818 9903. 2. Miracle Fishing Village Batu 14@ Miracle 28 Miracle Fishing Village adalah Kolam Memancing yang baru beroperasi pada bulan Oktober 2013. Kolam Memancing ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Seperti Kolam Memancing Air Tawar yang lain, kolam ini juga menempatkan Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Talapia, Ikan Pacu, Ikan Kaloi, Ikan Sultan, Ikan Tongsan dan lain-lain lagi. Tauke Kolam Memancing ni tak pandai buka page facebook, so tak ada lah page kolam baru ni. Mungkin lepas tauke neo tu dah belajar ada page lah kot hehe..Jika berminat, boleh hubungi nombor ini- 014-8798228. 3. Kolam Memancing Kampung Semaba Kolam Memancing di Kampung Semaba ni belum pernah lagi saya cuba memancing, dengar khabar banyak Ikan Siakap dekat sini. Selain itu, Ikan Patin dan Ikan Pacu dengan saiz besar ada disni. Jika berminat boleh tengok map dibawah dan rasai sendiri pengalamannya. Kolam ni terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching, kira-kira 15 kilometer kalau tak silap. Dengan melalui Jalan Semaba, kolam ini di Lorong 10. Nombor untuk dihubungi tak dapat saya berikan, yelah saya sendiri belum ke kolam ni. Kalau berkesempatan pasti akan mencuba di kolam ni. Setakat ini, hanya 3 Kolam Memancing Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Kolam yang pernah disebut-sebut dan tiada kepastian lokasi tu belum sempat disiasat lokasi sebenar. Jika ada, akan saya kongsikan disini. Sekian. |
Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk rumah warga tua <b>...</b> Posted: 14 Jan 2014 08:14 AM PST SIBU: Sekumpulan tiga lelaki yang berpura-pura memancing di tepi parit berdekatan sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan warga tua dipercayai bertanggungjawab memecah masuk rumah mereka di Jalan Merlin, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, rumah pasangan warga tua tersebut dipecah masuk dan pencuri melarikan dompet pemilik rumah yang berumur dalam lingkungan 60-an. Menurut pengadu, isterinya yang tidur di ruang tamu tingkat bawah hanya menyedari insiden tersebut selepas bangun sekitar jam 4 pagi ketika mendapati dua keping tingkap di dapur dibuka dan besi jeriji dalam keadaan bengkok. Si isteri terus pergi mendapatkan suaminya yang tidur di tingkat atas untuk memeriksa keadaan di rumah mereka dan mendapati dua telefon bimbit turut hilang. Setelah memeriksa keadaan di rumahnya, pengadu mendapati dompetnya yang mengandungi wang tunai beberapa ratus ringgit hilang di dalam bilik tidurnya. Terdahulu, jiran pasangan warga tua itu seorang lelaki dan rakannya yang baharu pulang berhibur di bandar ini sekitar jam 2 pagi ada ternampak dua lelaki membawa parang dan pisau manakala seorang lagi berada dalam kereta Proton Saga berwarna putih sedang berlegar-legar di depan rumah pasangan warga tua tersebut. Curiga dengan keadaan itu, dia bersama rakannya mendekati kereta Proton Saga berkenaan dan bertanya kepada lelaki yang berada dalam kereta tersebut. Selepas, lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa mereka mahu memancing di tepi parit di situ, dia dan rakannya terus beredar dari situ tanpa mengesyaki apa tujuan sebenar tiga lelaki terbabit. Pada pagi yang sama, pengadu memberitahu jiran tersebut mengenai apa yang terjadi pada malam itu. Pengadu bersyukur kerana pencuri yang memecah masuk rumah mereka tidak mencederakan mereka berdua disebabkan mereka tidur lena. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu pada pagi yang sama. |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan