Tips Memancing Di Kolam Pustaka ... - Pancing Sarawak - Memancing di sarawak
Tips <b><b>Memancing Di</b></b> Kolam Pustaka <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b> - Memancing di sarawak |
Tips <b><b>Memancing Di</b></b> Kolam Pustaka <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b> Posted: 08 Jun 2014 03:42 PM PDT Kolam Memancing Air Tawar Di Kuching | Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dimanakah lokasi memancing kolam air tawar di Kuching, Sarawak ini. Yelah, kaki pancing ni memang tak senang duduk rumah kalau terkenang kembali aksi menaikkan ikan keli 10kg tu kan. Ada masa lapang pasti akan turun ke mana saja untuk memancing. Dah kaki pancing kan haha.. Disini saya nak kongsikan dengan anda semua lokasi Kolam Memancing Kolam Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Senarai lokasi tersebut adalah: 1. Siniawan Fishing Ville Siniawan Fishing Ville merupakan Kolam Memancing yang terletak 18.9 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Kolam Memancing berbayar ini menempatkan pelbagai jenis ikan didalam kolamnya, antaranya adalah: Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Tongsan, Ikan Pacu, Ikan Talapia, Ikan Sultan,Ikan Belidak, Ikan Rumput dan banyak lagi. Berminat mengetahui lebih lanjut, anda boleh ke page facebook mereka disini- Siniawan Fishing Village dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor Hp ini- 013-818 9903. 2. Miracle Fishing Village Batu 14@ Miracle 28 Miracle Fishing Village adalah Kolam Memancing yang baru beroperasi pada bulan Oktober 2013. Kolam Memancing ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Seperti Kolam Memancing Air Tawar yang lain, kolam ini juga menempatkan Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Talapia, Ikan Pacu, Ikan Kaloi, Ikan Sultan, Ikan Tongsan dan lain-lain lagi. Tauke Kolam Memancing ni tak pandai buka page facebook, so tak ada lah page kolam baru ni. Mungkin lepas tauke neo tu dah belajar ada page lah kot hehe..Jika berminat, boleh hubungi nombor ini- 014-8798228. 3. Kolam Memancing Kampung Semaba Kolam Memancing di Kampung Semaba ni belum pernah lagi saya cuba memancing, dengar khabar banyak Ikan Siakap dekat sini. Selain itu, Ikan Patin dan Ikan Pacu dengan saiz besar ada disni. Jika berminat boleh tengok map dibawah dan rasai sendiri pengalamannya. Kolam ni terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching, kira-kira 15 kilometer kalau tak silap. Dengan melalui Jalan Semaba, kolam ini di Lorong 10. Nombor untuk dihubungi tak dapat saya berikan, yelah saya sendiri belum ke kolam ni. Kalau berkesempatan pasti akan mencuba di kolam ni. Setakat ini, hanya 3 Kolam Memancing Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Kolam yang pernah disebut-sebut dan tiada kepastian lokasi tu belum sempat disiasat lokasi sebenar. Jika ada, akan saya kongsikan disini. Sekian. |
<b>Memancing</b> Udang Galah <b>Di</b> Sungai Lundu <b>Sarawak</b> - arztman's blog Posted: 19 Jun 2014 02:26 AM PDT Post dibawah tajuk Going Places sudah lama tidak mendapat Updated. Bukan tidak merantau berjalan sana sini tetapi kekurangan masa hendak menitip coret ke blog ini. Kali ini nak mempopularkan Kawasan Lundu Sarawak. Lundu merupakan pekan kecil di kawasan paling selatan negeri Sarawak. Hujung ekor peta Sarawak nun. Tapi bukan paling hujung kerana masih ada satu pekan lagi paling hujung iaitu Pekan Sematan. Berdekatan dengan laut dan pantai, sungai-sungai dikawasan lundu mengalami pasang surut. Lebih tepat lagi seperti kuala. Disebabkan itu, banyak spesis hidupan sungai dan hidupan laut atau spesis dua alam (air tawar dan air masin) boleh ditemui di kawasan ini. Jarak perjalanan dari AIRPORT Kuching ke lundu lebih kurang 1 Jam 30 minit. Kalau Bandaraya kuching Jarak perjalanan lebih kurang 160 km. Kawasan penginapan tidak banyak kepada orang luar tetapi terdapat hotel yang popular iaitu RETRET Hotel ditepi pantai. Hanya 15 minit memandu dari pekan Lundu. Yang lain ada juga penginapan secara homestay dan hotel budget. Cuma kena booking awal diwaktu-waktu puncak seperti cuti sekolah. Kalau tidak, kena cari hotel di pekan Sematan yang berjarak 38 kilometer dari Lundu. Intipati post adalah tentang Udang Galah Sungai Lundu. Terbaik. Sungai di lundu memang mewah dengan Udang Galah. Sepit biru ada, sepit Hijau pun ada. Kalau nak memancing tak perlu pergi jauh. Lempar je mata kail dari tebing sungai. Memang mewah dengan udang galah. Harga pasaran mengikut gred. Kalau Gred A boleh mencecah sehingga RM70.00 sekilo (1,2,3 ekor je dah sekilo). Harga biasa Gred B campur-campur boleh cecah RM40.00 sekilo. Harga tersebut sangat berbaloi sebenarnya. Nak memancing udang galah perlu kemahiran dan teknik yang betul. Tak masuk nak bertegur sapa dengan bujang senang lagi. Kata orang, dimana banyak udang disitu banyak buaya. Itu aku percaya sangat. Cerita pasal buaya di Sarawak memang dah sinonim. Kalau nak tanya ada buaya ke tidak sungai Lundu tu, memang ada lah. Jabatan perlindungan buaya Sarawak dalam satu artikel mengatakan, secara purata terdapat 3 ekor buaya bagi setiap 1 kilometer sungai di Sarawak. Purata ye. Terdapat kawasan yang taburan buayanya padat, dan ada kawasan yang sikit sangat buayanya. Tak tentu. Apapun, kepada kaki kaki pancing, elok sangat datang sini untuk ambil pengalaman. Memang banyak Udang kalau kena cara. Tak payah susah-susah nak menjelajah 3 hari 4 malam menyelusuri sungai jauh-jauh. Di Lundu ni memancing belakang rumah je. Gambar-gambar yang diambil ni adalah hasil pancingan sekumpulan orang kampung dibelakang rumah seorang sahabat. Tak percaya? datang dulu... Udang Galah Lundu memang terkenal dengan rasa sedapnya. Mungkin kualaiti air dan diet udang tu kot. Sedap kalau dibuat gulai dengan ubi atau masak pedas. Perghh. Kalau nak mudah boleh bakar begitu saja. Fresh. So, datanglah ke Lundu Sarawak dan nikmatilah kemewahan hasil sungainya iaitu Udang Galah Lundu.Sehingga ketemu lagi di lain tempat. Bye bye. |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan