MBM bakal bina jeti moden bagi kemudahan memancing ... - Memancing di sarawak

Blog Admin | Khamis, Oktober 22, 2015 | 0 ulasan

MBM bakal bina jeti moden bagi kemudahan <b>memancing</b> <b>...</b> - Memancing di sarawak


MBM bakal bina jeti moden bagi kemudahan <b>memancing</b> <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2015 02:55 PM PDT

MIRI: Berikutan ledakan sukan memancing mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan di sini ketika ini dan pada masa akan datang, Majlis Bandaraya Miri (MBM) merancang membina pelbagai kemudahan bagi melengkapkan keperluan aktiviti tersebut.

Datuk Bandar MBM Lawrence Lai berkata keutamaan membina sebuah dermaga dan jeti serba moden serta dilengkapi kemudahan untuk bot-bot pemancing dan bot mewah berlabuh dengan selamat serta memenuhi standard diperlukan bagi sukan meman-cing bertaraf antarabangsa.

"Cadangan tersebut sudah di-serahkan kepada Unit Peranca-ngan Negeri untuk dipertimbang dan diluluskan.

"Sebaik diluluskan baharu kami dedahkan jumlah kos pembinaannya dan memulakan projek tersebut," katanya di sini semalam.

Di samping pembinaan dermaga itu, projek Tebingan Miri dicadangkan dibina di kawasan berhampiran bagi mengindahkan tebingan Sungai Miri serta menyediakan kemudahan riadah kepada orang ramai menikmati keindahan kuala Sungai Miri dan Laut Cina Selatan.

Tanpa menjelaskan jumlah kos diperuntukkan, beliau berkata cadangan pembinaan dermaga tersebut dimasukkan di bawah bajet pembangunan pelancongan Miri berjumlah RM10 juta.

Ketika ini penganjur dan peserta memancing terpaksa menggunakan jeti-jeti swasta di Marina Bay yang tidak begitu sesuai kerana direka lebih kepada keperluan kapal-kapal layar.

Terdahulu, Lai menerima kunjungan delegasi China di sini semalam.

Delegasi itu terdiri daripada 15 orang mewakili Kelab Pemancing China UHAI dan kru China TV yang mengkhusus dalam program memancing paling popular dari negara itu.

Menurut Lai, tahun lalu rombongan kelab pemancing tersebut membawa 300 orang pemancing dari China dan 500 lagi pada tahun ini serta merancang membawa 800 hingga 1,000 orang peman-cing tahun depan bagi menyertai beberapa siri pertandingan memancing laut dalam di sini.

Diketuai Chen Fong yang mewakili Kelab UHAI, delegasi itu dalam pertemuan dengan Lai turut meminta pelbagai kemudahan dipertingkatkan selain memastikan agar kebersihan sepanjang Sungai Miri terpelihara.

Kehadiran para pemancing ini bukan sahaja ingin merasai pe-ngalaman memancing di perairan Miri, tetapi menikmati keindahan bandar raya ini serta mengetahui dan memahami budaya, kehidupan dan keunikan pelbagai suku kaum di sini.

Maklum balas mereka juga menyatakan bahawa Miri perlu memiliki sebuah muzium mempamerkan keunikan, kebudayaan dan sejarah berkaitan Miri serta penduduknya.

Meskipun Miri sudah memiliki Muzium Petroleum di Bukit Kanada namun tidak mencukupi untuk mengetahui dan belajar mengenai Miri yang sebenarnya.

Ini kerana, Miri meskipun indah dan mempunyai potensi besar dalam sukan memancing namun masih bermisteri kepada kaki-kaki pancing dari luar negara yang beranggapan tidak banyak maklumat mengenai Miri dike-tahui oleh mereka, termasuk adat resam dan budaya masyarakat Miri yang dihuni pelbagai kaum peribumi.

Selain itu, delegasi tersebut seperti delegasi lain dari China sebelum ini turut minta diwujudkan penerbangan secara langsung dari Miri ke China.

Sementara itu, program TV dijayakan bersama delegasi China itu bukan sahaja mempromosikan Miri tetapi industri sukan memancingnya dan potensi sukan itu di Miri.

Justeru, stesen TV dan radio CNR itu sanggup memperuntukkan belanja satu juta yuan (RMB) bagi menjayakan program bersama Kelab Pemancing UHAI yang mempunyai lebih satu juta keahlian di China.

Mereka akan melakukan penggambaran untuk program memancing di Miri dan perairan popular selama seminggu.

Print Friendly

berhujung minggu sambil <b>memancing di</b> ... - <b>Pancing Sarawak</b>

Posted: 17 Sep 2015 03:29 PM PDT

KAMPUNG SEMEBA,KOTA SENTOSA,KUCHING,SARAWAK

 Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan kampung ini di sekitar Kuching.Mungkin kerana jarang - jarang di dengar,jarang - jarang disebut dan macam - macam lagilah.Pada Hujung minggu yang lepas saya dapat satu panggilan dari seorang seorang kawan ajak lepak kat kampung ni.

Punya jauh saya drive dari rumah menuju ke kampung ni,namun kerana rasa ingin tahu yang mendalam nak tengok tempat yang tak pernah saya pergi,saya teruskan perjalanan dan setelah beberapa follow up call dengan kawan saya akhirnya jumpa juga kampung ni di hujung belantara.

Kampung ni terletak di hujung jalan di KAMPUNG HAJI BAKI,KOTA SENTOSA,KUCHING SARAWAK.kemudian lurus je masuk ke dalam sampai jumpa LORONG NO 10...masuk.. kemudian belok kiri kat simpang yang ada patung ikan... SAMPAI KE DESTINASI.

-Mengikut explaination kawan saya masa tu-


APA YANG BEST KAT KAMPUNG SEMEBA NI?

Pertama sekali anda sampai kat kawasan ni anda akan di sambut dengan pemandangan yang sangat MENENANGKAN.Sungguh menenangkan dengan tasik yan tenang dan boleh melihat pemandangan langit biru dengan kapal terbang yang baru berlepas dari LAPANGAN TERBANG ANTRA BANGSA KUCHING. Tetapi apa yang lebih menariknya tempat ini sebagai destinasi keluarga di hujung minggu adalah kita boleh memancing di dalam tasik tersebut.Sambil - sambil santai - santai menikmati pemandangan alam semula jadi yang membuat kita relak dengan angin yang sepoi - sepoi bertiup.

Namun untuk pertama kali berkunjung ke sini saya dengan kawan saya memutuskan untuk CATCH,PICTURE AND RELEASE.. maksudnya...pancing,dapat ikan,tangkap gambar dan lepas balik ke tasik. hihi..

Antara ikan yang terdapat di sini adalah Ikan keli,Ikan patin,Ikan Sultan,dan pelbagai lagi.Anda juga dibenarkan untuk membawa Peralatan memancaing anda sendiri.

Untuk setiap ikan yang anda dapat tangkap.sekiranya anda ingin membawa pulang anda hanya di kenakan bayaran RM7.00 / kilogram.Memang berbaloi lah.. lagipun kalau nak buat barbeque teruspun boleh kat di situ.Peralatan untuk memanggang juga di sediakan oleh tuan tanah untuk para pengunjung yang ingin memanggang ikan.Cuma bayar dulu ler.







Selain itu tempat ini juga menyediakan jualan IKAN KELI HIDUP dengan bayaran RM7.00/KG bagi yang ingin membeli dan di bawa pulang.

Terdapat juga CAFE yang menjual minuman dan pelbagai makanan ringan bagi yang haus menunggu ikan memakan umpan.

Kesimpulannya,

Tak sia - sia datang dari jauh dan susah payah cari tempat ni.Boleh dijadikan salah satu hujung minggu untuk menenangkan fikiran dan bersantai bersama member sambil mencari ilham macam mana memperKAYAkan kandungan blog saya ni.

Kepada mereka yang meminati aktiviti memancing ni.. bolehlah melepaskan gian memancing anda di sini. OK..

 



AZLAN RUMADI

www.azlanrumadi.blogspot.com

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan