<b>Mancing di</b></b> Sungai <b><b>Sarawak</b></b> - <b>Pancing Sarawak</b> - Blogger - Memancing di sarawak
<b>Mancing di</b></b> Sungai <b><b>Sarawak</b></b> - <b>Pancing Sarawak</b> - Blogger - Memancing di sarawak |
- <b>Mancing di</b></b> Sungai <b><b>Sarawak</b></b> - <b>Pancing Sarawak</b> - Blogger
- Kail ikan, dapat anak buaya - The Borneo Post <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b>
- Blog <b>Pancing</b>: Pertandingan <b>Memancing</b> Pustaka Negeri <b>Sarawak</b>
- Hanyut akibat kasut - The Borneo Post Online - <b>Pancing Sarawak</b>
<b>Mancing di</b></b> Sungai <b><b>Sarawak</b></b> - <b>Pancing Sarawak</b> - Blogger Posted: 11 May 2014 03:18 PM PDT |
Kail ikan, dapat anak buaya - The Borneo Post <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b> Posted: 05 May 2014 03:28 PM PDT MIRI: Usaha Kelab Pemancing Miri memberi kesedaran dan mempromosikan Miri sebagai destinasi sukan memancing melalui Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri (Miri City International Deep Sea Fishing Tournament) sejak diperkenalkan tahun 2005 telah membuahkan hasil. Bahkan, menurut Setiausaha Jawatankuasa Penganjuran Pertandingan Simon Wee, Miri kini turut menjadi antara empat tempat yang dipromosikan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi destinasi memancing. "Destinasi lain adalah Rompin di Pahang, Langkawi (Kedah) dan Kota Kinabalu (Sabah)," katanya. Wee berkata demikian kepada pemberita bersama beberapa jawatankuasa penganjur yang lain ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai di sini baru-baru ini. Dalam kunjungan berkenaan, Datuk Bandar diberi taklimat mengenai atur cara aktiviti tersebut yang akan berlangsung pada 15 Mei hingga 18 Mei yang turut merupakan antara program yang diselitkan dalam sambutan Miri May Fest. "Pertandingan yang akan mempromosikan Miri sebagai antara destinasi sesuai untuk sukan memancing, turut akan diperhebatkan lagi dengan kehadiran Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijangka akan merasmikan pertandingan terbabit. "Selain itu, Kementerian Pelancongan juga akan membawa bersama para pengamal media antarabangsa, tempatan dan Semenanjung Malaysia serta agensi industri pelancongan bagi menghadiri pertandingan itu kelak," jelasnya. Katanya, dalam jangka panjang, pertandingan terbabit bukan hanya sebagai acara bagi merancakkan sambutan Miri May Fest di sini serta kalendar pelancongan negeri, bahkan akan diselitkan dalam kalendar kebangsaan. Menurut Wee, sambutan kali ini turut memberangsangkan dengan penyertaan pemancing dari luar negara yang semakin bertambah saban tahun. "Tahun ini kami menjangkakan sejumlah 120 pemancing di mana negara China merupakan jumlah yang terbesar iaitu seramai 32 orang. "Kami turut menyasarkan pemancing dan penggemar sukan pancing dari Hong Kong, India, Australia dan negara-negara Eropah untuk mengambil bahagian," katanya sambil menambah turut menerima penyertaan dari Jerman dan Norway. Wee berkata, pihaknya akan menyewa 10 bot bagi membawa peserta ke kawasan laut dalam. Hadiah wang tunai RM12,000 menanti juara dengan tangkapan terbesar bagi kategori individu. Bagi pemancing yang berjaya menangkap ikan 'Giant Trevally' minimum atau lebih 10 kilogram turut akan diberi ganjaran wang tunai RM1,000. Manakala bagi hadiah khas bernilai RM3,000 akan diberikan kepada pemancing yang berjaya memecahkan rekod pada 2012 dengan melebihi 61.8 kilogram. Pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu individu (tangkapan seekor ikan besar) dan berkumpulan (tangkapan tiga ekor berlainan ikan yang besar). Tarikh tutup penyertaan pertandingan tersebut adalah pada 8 Mei 2014. Mereka yang ingin mengetahui lanjut berhubung pertandingan berkenaan boleh menghubungi Wee di talian 012-8501995, Brian Ang (019-8741000), Yee Chung Chai (019-8151818) atau Kuan Wei Sung (012-8739699). Mereka yang berminat juga boleh melayari laman sesawang di www.mirianglersclub.com. Sementara itu, Lai memuji usaha yang dilakukan kelab terbabit dalam membantu merancakkan industri pelancong yang sekali gus meningkatkan ekonomi negara dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan di sini. |
Blog <b>Pancing</b>: Pertandingan <b>Memancing</b> Pustaka Negeri <b>Sarawak</b> Posted: 13 May 2014 10:57 PM PDT Pertandingan Memancing 'Lan Ngail' Pustaka 2014 @ Pustaka Negeri Sarawak Start Date : 25 May 2014 End Date : 25 May 2014 Time : 8.00 pagi - 1.00 petang Venue : Tasik Pustaka Negeri Sarawak Details : BERITA BAIK KEPADA KAKI PANCING! Kelab Sukan & Rekreasi Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Pertandingan Memancing 'Lan Ngail' Pustaka 2014 pada 25 Mei 2014 ( Ahad ). Kepada anda yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, borang penyertaan bolehlah di dapati di http://www.pustaka-sarawak.com/Pustaka-Sarawak/document_uploaded/1399873247.pdf. Jangan lepaskan peluang ini! Hadiah menarik menanti anda! Jom ramai-ramai kita ngail di Pustaka. Sebarang pertanyaan atau info lanjut sila hubungi : Daut Bogol (010-9616577) / Zainal Ali (019-8979970) & Zaidi Mohd. Nor (019-8472771). Jom ramai-ramai kita memeriahkan pertandingan ini! ayoooh! kaki pancing sekalian.. |
Hanyut akibat kasut - The Borneo Post Online - <b>Pancing Sarawak</b> Posted: 03 May 2014 04:34 PM PDT MIRI: Bandar raya peranginan ini bukan sekadar tumpuan pelancong kerana keindahan alam semulajadinya, malah bakal menjadi destinasi sukan memancing yang popular di dunia. Kewujudan lokasi-lokasi tumpuan ikan seperti terumbu- terumbu karang dan terumbu buatan termasuk bekas pelantar minyak di perairan ini bahagian, menjadikan Miri semakin terkenal di kalangan kaki pancing, bukan sahaja dalam negara malah luar negara. Sehubungan itu, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin memberitahu kerajaan negeri mahupun kementerian di peringkat pusat amat mengalu- alukan usaha menganjurkan acara bertaraf antarabangsa bagi memperkenalkan Miri sebagai destinasi memancing popular di rantau ini. "Acara-acara dan pertandingan peringkat antarabangsa yang diadakan ini bukan sahaja memperkenalkan Miri sebagai destinasi pelancongan malah turut meletakkan Miri sebagai destinasi sukan memancing yang unik dan popular di peta dunia," katanya. Lee yang juga Menteri Muda Perhubungan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri Ke- 8 yang diadakan bilik mesyuarat Pejabat Residen di sini, semalam. Pertandingan tersebut yang diadakan dari 15 hingga 18 Mei depan, dianjurkan oleh Kelab Pemancing Miri dengan Lee bertindak selaku penasihat. Mengulas mengenai pertandingan tersebut, Lee memuji usaha pihak penganjur dalam menjayakannya dan merealisasikan usaha mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan dan sukan memancing. Tahun ini, katanya, pertandingan tersebut mendapat penyertaan daripada kaki pancing dari negara jiran Brunei Darussalam, selain Hong Kong, China dan Singapura serta pemancing dari serata negeri. Pertandingan yang diadakan sempena Miri May Fest dan Tahun Melawat Sarawak 2014 itu turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pelancongan Sarawak, Tourism Malaysia, Majlis Bandaraya Miri dan Tackles Import Eksport selaku penaja. Sementara itu, Pengerusi kelab Simon Wee memberitahu pertandingan tahun ini menawarkan hadiah wang tunai lebih RM30,000 di samping sijil dan peralatan memancing. Manakala pertandingan dibuka kepada pasukan dengan setiap pasukan perlu mempunyai seramai tiga orang ahli dengan setiap pasukan akan memenangi satu hadiah yang ditawarkan. Pasukan yang muncul johan pertandingan kelak bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000; tempat kedua RM6,000; ketiga RM3,000; keempat RM1,500; kelima RM1,000, tempat keenam hingga kesepuluh ialah RM500 dan tempat ke-11 hingga ke- 15 ialah RM400. Pasukan yang berjaya membuat tangkapan paling berat tahun ini (minimum 10kg) akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, manakala bagi mereka berjaya memecahkan rekod tangkapan tahun lalu iaitu 61.8kg, akan menerima hadiah khas, wang tunai RM3,000. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Mei 2014, jam 5 petang dan borang penyertaan boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi kelab iaitu di www.mirianglersclub.com. |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan