MBM dan KPM berhasrat jadikan Miri hab pelancongan, sukan ... - Memancing di sarawak
MBM dan KPM berhasrat jadikan Miri hab pelancongan, sukan <b>...</b> - Memancing di sarawak |
MBM dan KPM berhasrat jadikan Miri hab pelancongan, sukan <b>...</b> Posted: 21 May 2014 03:06 PM PDT MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Kelab Pemancing Miri (KPM) berhasrat menjadikan Miri sebagai hab pelancongan dan sukan pancing yang terbesar di rantau ini. Hasrat terbabit yang diutarakan Datuk Bandar MBM Lawrence Lai pada sidang media di sini petang semalam, adalah berikutan memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani baru-baru ini di antara KPM dan Kelab Pemancing-Pemancing China yang mempunyai 10 juta keahlian. "Melalui MoU tersebut, kami bercadang menjemput dan membawa 1,000 ahlinya untuk bertandang ke Miri pada tahun depan. "Bahkan, ia juga merupakan perjanjian bagi menjalinkan kerjasama dua hala Sarawak-China dalam mempromosikan Miri sebagai pusat pelancongan dan sukan pancing di sini," jelasnya. Kata Lai, sebahagian daripada jumlah terbabit akan menyertai pertandingan memancing yang disediakan manakala selebihnya akan dibawa melawat ke sekitar Miri memandangkan kemudahan memancing yang terhad di sini khususnya bagi penyediaan pertandingan memancing laut dalam. "Disebabkan kemudahan memancing yang terhad di sini, kami akan menyediakan program pelancongan bagi mereka yang tidak terlibat dalam pertandingan memancing yang dianjurkan untuk memperkenalkan Miri sebagai bandar raya peranginan. "Ini adalah peluang baik yang perlu direbut bagi membantu melonjakkan industri pelancongan di sini yang sekali gus mempertingkatkan ekonomi kita di Sarawak dan Malaysia secara amnya," ujarnya. Menurutnya, China yang mempunyai sekitar 19 juta kaki pancing, hanya 10 juta yang mendaftar sebagai ahli memandangkan jumlah keahlian yang terhad. "Oleh itu, kita perlu menarik para pemancing tersebut untuk datang ke Miri bukan sahaja bagi merasai suasana memancing di sini bahkan melihat keindahan yang ada. "Seorang pemancing membelanjakan sekurang-kurangnya RM5,000 hingga RM8,000 bagi satu lawatan ke sini. "Cuba bayangkan kita mempelawa 1,000 ahlinya untuk bertandang ke sini, ia bukan sahaja memperkenalkan Miri bagi diceritakan kepada rakyatnya di China, bahkan amat menguntungkan ekonomi negara kita," katanya. Dalam pada itu, beliau turut mahu industri pelancongan bergabung serta bekerjasama dengan kelab atau persatuan pemancing bagi meningkatkan lagi kemudahan khas untuk sukan pancing terbabit. Jelas Lai, Miri mempunyai tapak cadangan untuk menyediakan jeti khas bagi para pemancing di sini dan sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri. "Kami kini hanya menunggu maklum balas daripada kerajaan negeri mengenai cadangan terbabit. Diharapkan cadangan tersebut diterima baik untuk membantu meningkatkan sukan pancing berkenaan," tambahnya. Terdahulu, Lai menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persatuan Pemancing-Pemancing China Yang Ming. Hadir sama Presiden KPM Yee Chung Chai. |
Hanyut akibat kasut - The Borneo Post Online - <b>Pancing Sarawak</b> Posted: 28 Apr 2014 03:22 PM PDT |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan