Kail ikan, dapat anak buaya - The Borneo Post Online - Memancing di sarawak
Kail ikan, dapat anak buaya - The Borneo Post Online - Memancing di sarawak |
Kail ikan, dapat anak buaya - The Borneo Post Online Posted: 17 Apr 2014 09:06 AM PDT PANCING ikan tapi dapat anak buaya. Tangkapan itu amat mengejutkan seorang guru Sekolah Menengah Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching Ustaz Abang Marsal Karim ketika menyertai pertandingan memancing anjuran sekolah itu semalam. Penolong Kanan Kokurikulum, Eh Fat E Sau berkata ustaz tersebut terpaksa 'bergelut' seketika dengan anak reptilia sepanjang kira-kira empat kaki itu sebelum berjaya mendaratkannya pada jam 8.30 pagi. Pertandingan memancing yang merupakan antara aktiviti sempena Hari Kokurikulum Bersepadu sekolah itu diadakan di kolam sebelah sekolah yang terletak di Jalan Sultan Tengah. Anak buaya itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat petang semalam. We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules. |
Pertandingan <b>Memancing</b> Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya <b>...</b> Posted: 30 Mar 2014 09:01 AM PDT MIRI: Usaha Kelab Pemancing Miri memberi kesedaran dan mempromosikan Miri sebagai destinasi sukan memancing melalui Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri (Miri City International Deep Sea Fishing Tournament) sejak diperkenalkan tahun 2005 telah membuahkan hasil. Bahkan, menurut Setiausaha Jawatankuasa Penganjuran Pertandingan Simon Wee, Miri kini turut menjadi antara empat tempat yang dipromosikan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi destinasi memancing. "Destinasi lain adalah Rompin di Pahang, Langkawi (Kedah) dan Kota Kinabalu (Sabah)," katanya. Wee berkata demikian kepada pemberita bersama beberapa jawatankuasa penganjur yang lain ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai di sini baru-baru ini. Dalam kunjungan berkenaan, Datuk Bandar diberi taklimat mengenai atur cara aktiviti tersebut yang akan berlangsung pada 15 Mei hingga 18 Mei yang turut merupakan antara program yang diselitkan dalam sambutan Miri May Fest. "Pertandingan yang akan mempromosikan Miri sebagai antara destinasi sesuai untuk sukan memancing, turut akan diperhebatkan lagi dengan kehadiran Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijangka akan merasmikan pertandingan terbabit. "Selain itu, Kementerian Pelancongan juga akan membawa bersama para pengamal media antarabangsa, tempatan dan Semenanjung Malaysia serta agensi industri pelancongan bagi menghadiri pertandingan itu kelak," jelasnya. Katanya, dalam jangka panjang, pertandingan terbabit bukan hanya sebagai acara bagi merancakkan sambutan Miri May Fest di sini serta kalendar pelancongan negeri, bahkan akan diselitkan dalam kalendar kebangsaan. Menurut Wee, sambutan kali ini turut memberangsangkan dengan penyertaan pemancing dari luar negara yang semakin bertambah saban tahun. "Tahun ini kami menjangkakan sejumlah 120 pemancing di mana negara China merupakan jumlah yang terbesar iaitu seramai 32 orang. "Kami turut menyasarkan pemancing dan penggemar sukan pancing dari Hong Kong, India, Australia dan negara-negara Eropah untuk mengambil bahagian," katanya sambil menambah turut menerima penyertaan dari Jerman dan Norway. Wee berkata, pihaknya akan menyewa 10 bot bagi membawa peserta ke kawasan laut dalam. Hadiah wang tunai RM12,000 menanti juara dengan tangkapan terbesar bagi kategori individu. Bagi pemancing yang berjaya menangkap ikan 'Giant Trevally' minimum atau lebih 10 kilogram turut akan diberi ganjaran wang tunai RM1,000. Manakala bagi hadiah khas bernilai RM3,000 akan diberikan kepada pemancing yang berjaya memecahkan rekod pada 2012 dengan melebihi 61.8 kilogram. Pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu individu (tangkapan seekor ikan besar) dan berkumpulan (tangkapan tiga ekor berlainan ikan yang besar). Tarikh tutup penyertaan pertandingan tersebut adalah pada 8 Mei 2014. Mereka yang ingin mengetahui lanjut berhubung pertandingan berkenaan boleh menghubungi Wee di talian 012-8501995, Brian Ang (019-8741000), Yee Chung Chai (019-8151818) atau Kuan Wei Sung (012-8739699). Mereka yang berminat juga boleh melayari laman sesawang di www.mirianglersclub.com. Sementara itu, Lai memuji usaha yang dilakukan kelab terbabit dalam membantu merancakkan industri pelancong yang sekali gus meningkatkan ekonomi negara dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan di sini. |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan