Tips Memancing Di Kolam Pustaka Negeri Sarawak - Blog Pancing - Memancing di sarawak

Blog Admin | Khamis, Mei 22, 2014 | 0 ulasan

Tips <b>Memancing Di</b> Kolam Pustaka Negeri <b>Sarawak</b> - Blog <b>Pancing</b> - Memancing di sarawak


Tips <b>Memancing Di</b> Kolam Pustaka Negeri <b>Sarawak</b> - Blog <b>Pancing</b>

Posted: 15 May 2014 05:24 PM PDT

Ini sebenarnya cerita tahun 2012 punya, tapi disebabkan sahabat kita Nigel Liging mahu minta share pengalaman semasa memancing di Pustaka Negeri Sarawak ni. Apa salahnya saya berkongsi kan, sedikit sebanyak dapatlah membantu memudahkan perancangan memancing di kolam Pustaka ni.

"bro elih j. pernah kan join pertandingan kat sini dulu? hehe.. mohon tunjuk ajar sifu.. kalau ada tips2 tu tolong share boleh x? nak datang bawa family sekali lah nanti.."

Pendaftaran

Ok, selalunya pendaftaran untuk pertandingan ini bermula awal pagi lagi. Hari itu saya datang seawal jam6.30 pagi tapi port memancing yang dikatakan terbaik sudah dipenuhi peserta. Ini bermaksud datang awal pun tak apa, boleh duduk santai dulu di port tu dan bila pendaftaran dah buka bolehlah datang mendaftar. Kalau bawa family, pasanglah tikar kah, khemah kah, tak kisah..terpulanglah kepada kamu nak buat macam mana nanti.

RM25 untuk 2 batang joran, pastikan setiap joran dilekatkan Sticker yang diberikan ketika mendaftar. Lupa borang pendaftaran tidak apa, kaunter pendaftaran memang menyediakan borang ini untuk diisikan.

Umpan

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Umpan bebas, nak pakai cacing kah, dedak dan roti atau umpan-umpan lain yang dirasakan sesuai kecuali umpan organ, takut nanti kolam ni berbau dan akan membunuh ikan-ikan dalam kolam.

Jenis Ikan

Ikan-ikan di kolam Pustaka Negeri Sarawak ini adalah seperti Ikan Sultan, Ikan Lampam, Ikan Rohu, Ikan Talapia, Ikan Kap, dan lain-lain lagi. Tengok jenis ikan saja pun mesti korang tahu apa umpannya kan? 

Pertandingan Memancing Pustaka Negeri Sarawak Tahun 2012

Ini cerita 2 tahun yang lepas, pencapaian tidaklah membanggakan. Setakat dapat tempat ke-8 tu boleh dikatakan hadiah saguhati je haha..

Nombor penyertaan 111, cantek punya nombor hehe..
Ini gambar selfie punya, baju pakai baju putih kurangkan panas
Akhirnya Ikan Rohu berjaya dinaikkan, berat 1.558 KG
Hasilnya, tempat ke-8 saja. Rezeki juga kan..hehe..

Bagi korang yang akan menyertai pertandingan ini, good luck! Jumpa di kolam nanti..

Hanyut akibat kasut - The Borneo Post Online <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b>

Posted: 03 May 2014 04:34 PM PDT

MIRI: Bandar raya peranginan ini bukan sekadar tumpuan pelancong kerana keindahan alam semulajadinya, malah bakal menjadi destinasi sukan memancing yang popular di dunia.

Kewujudan lokasi-lokasi tumpuan ikan seperti terumbu- terumbu karang dan terumbu buatan termasuk bekas pelantar minyak di perairan ini bahagian, menjadikan Miri semakin terkenal di kalangan kaki pancing, bukan sahaja dalam negara malah luar negara.

Sehubungan itu, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin memberitahu kerajaan negeri mahupun kementerian di peringkat pusat amat mengalu- alukan usaha menganjurkan acara bertaraf antarabangsa bagi memperkenalkan Miri sebagai destinasi memancing popular di rantau ini.

"Acara-acara dan pertandingan peringkat antarabangsa yang diadakan ini bukan sahaja memperkenalkan Miri sebagai destinasi pelancongan malah turut meletakkan Miri sebagai destinasi sukan memancing yang unik dan popular di peta dunia," katanya.

Lee yang juga Menteri Muda Perhubungan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri Ke- 8 yang diadakan bilik mesyuarat Pejabat Residen di sini, semalam.

Pertandingan tersebut yang diadakan dari 15 hingga 18 Mei depan, dianjurkan oleh Kelab Pemancing Miri dengan Lee bertindak selaku penasihat.

Mengulas mengenai pertandingan tersebut, Lee memuji usaha pihak penganjur dalam menjayakannya dan merealisasikan usaha mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan dan sukan memancing.

Tahun ini, katanya, pertandingan tersebut mendapat penyertaan daripada kaki pancing dari negara jiran Brunei Darussalam, selain Hong Kong, China dan Singapura serta pemancing dari serata negeri.

Pertandingan yang diadakan sempena Miri May Fest dan Tahun Melawat Sarawak 2014 itu turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pelancongan Sarawak, Tourism Malaysia, Majlis Bandaraya Miri dan Tackles Import Eksport selaku penaja.

Sementara itu, Pengerusi kelab Simon Wee memberitahu pertandingan tahun ini menawarkan hadiah wang tunai lebih RM30,000 di samping sijil dan peralatan memancing.

Manakala pertandingan dibuka kepada pasukan dengan setiap pasukan perlu mempunyai seramai tiga orang ahli dengan setiap pasukan akan memenangi satu hadiah yang ditawarkan.

Pasukan yang muncul johan pertandingan kelak bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000; tempat kedua RM6,000; ketiga RM3,000; keempat RM1,500; kelima RM1,000, tempat keenam hingga kesepuluh ialah RM500 dan tempat ke-11 hingga ke- 15 ialah RM400.

Pasukan yang berjaya membuat tangkapan paling berat tahun ini (minimum 10kg) akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, manakala bagi mereka berjaya memecahkan rekod tangkapan tahun lalu iaitu 61.8kg, akan menerima hadiah khas, wang tunai RM3,000.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Mei 2014, jam 5 petang dan borang penyertaan boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi kelab iaitu di www.mirianglersclub.com.

Print Friendly

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan