Hanyut akibat kasut - The Borneo Post Online - Memancing di sarawak - Memancing di sarawak
Hanyut akibat kasut - The Borneo Post Online - <b>Memancing di sarawak</b> - Memancing di sarawak |
- Hanyut akibat kasut - The Borneo Post Online - <b>Memancing di sarawak</b>
- Miri bakal jadi destinasi <b>memancing</b> popular <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b>
- Sertai Pertandingan <b>Memancing</b> anjuran Polis Marin Sarikei, Rabu ini
Hanyut akibat kasut - The Borneo Post Online - <b>Memancing di sarawak</b> Posted: 13 Apr 2014 03:27 PM PDT |
Miri bakal jadi destinasi <b>memancing</b> popular <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b> Posted: 20 Apr 2014 04:22 PM PDT MIRI: Bandar raya peranginan ini bukan sekadar tumpuan pelancong kerana keindahan alam semulajadinya, malah bakal menjadi destinasi sukan memancing yang popular di dunia. Kewujudan lokasi-lokasi tumpuan ikan seperti terumbu- terumbu karang dan terumbu buatan termasuk bekas pelantar minyak di perairan ini bahagian, menjadikan Miri semakin terkenal di kalangan kaki pancing, bukan sahaja dalam negara malah luar negara. Sehubungan itu, Menteri Muda Sukan Datuk Lee Kim Shin memberitahu kerajaan negeri mahupun kementerian di peringkat pusat amat mengalu- alukan usaha menganjurkan acara bertaraf antarabangsa bagi memperkenalkan Miri sebagai destinasi memancing popular di rantau ini. "Acara-acara dan pertandingan peringkat antarabangsa yang diadakan ini bukan sahaja memperkenalkan Miri sebagai destinasi pelancongan malah turut meletakkan Miri sebagai destinasi sukan memancing yang unik dan popular di peta dunia," katanya. Lee yang juga Menteri Muda Perhubungan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri Ke- 8 yang diadakan bilik mesyuarat Pejabat Residen di sini, semalam. Pertandingan tersebut yang diadakan dari 15 hingga 18 Mei depan, dianjurkan oleh Kelab Pemancing Miri dengan Lee bertindak selaku penasihat. Mengulas mengenai pertandingan tersebut, Lee memuji usaha pihak penganjur dalam menjayakannya dan merealisasikan usaha mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan dan sukan memancing. Tahun ini, katanya, pertandingan tersebut mendapat penyertaan daripada kaki pancing dari negara jiran Brunei Darussalam, selain Hong Kong, China dan Singapura serta pemancing dari serata negeri. Pertandingan yang diadakan sempena Miri May Fest dan Tahun Melawat Sarawak 2014 itu turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Pelancongan Sarawak, Tourism Malaysia, Majlis Bandaraya Miri dan Tackles Import Eksport selaku penaja. Sementara itu, Pengerusi kelab Simon Wee memberitahu pertandingan tahun ini menawarkan hadiah wang tunai lebih RM30,000 di samping sijil dan peralatan memancing. Manakala pertandingan dibuka kepada pasukan dengan setiap pasukan perlu mempunyai seramai tiga orang ahli dengan setiap pasukan akan memenangi satu hadiah yang ditawarkan. Pasukan yang muncul johan pertandingan kelak bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000; tempat kedua RM6,000; ketiga RM3,000; keempat RM1,500; kelima RM1,000, tempat keenam hingga kesepuluh ialah RM500 dan tempat ke-11 hingga ke- 15 ialah RM400. Pasukan yang berjaya membuat tangkapan paling berat tahun ini (minimum 10kg) akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, manakala bagi mereka berjaya memecahkan rekod tangkapan tahun lalu iaitu 61.8kg, akan menerima hadiah khas, wang tunai RM3,000. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Mei 2014, jam 5 petang dan borang penyertaan boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi kelab iaitu di www.mirianglersclub.com. |
Sertai Pertandingan <b>Memancing</b> anjuran Polis Marin Sarikei, Rabu ini Posted: 20 Apr 2014 09:01 AM PDT SARIKEI: Comunity Policing (NKRA) Polis Marin Sarikei akan menganjurkan Pertandingan Memancing. Pertandingan ini akan dilangsungkan pada 23 April (Rabu) ini, di Tebingan Sungai Nyelong Sarikei dan Pangkalan Polis Marin Wilayah 5 Sarikei. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua dan ia akan bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang pada hari pertandingan. Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, yuran yang bakal dikenakan kepada setiap peserta pertandingan adalah sebanyak RM10 untuk sebatang joran. Semua jenis ikan akan dipertandingkan dan hidupan air selain ikan yang berjaya ditangkap adalah tidak dikira. Ikan yang berjaya ditangkap akan terus ditimbang manakala ikan yang ditimbang selepas tempoh pertandingan tamat tidak akan dikira. Tarikh tutup untuk menghantar borang penyertaan pertandingan ini ialah pada 22 April (Selasa) sebelum jam 5 petang. Kategori yang diambil kira bagi menentukan pemenang pada pertandingan ini adalah menerusi berat ikan. Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pada pertandingan ini ialah RM600 untuk johan pertandingan, RM300 kedua, RM200 ketiga, RM100 keempat dan RM50 untuk tempat kelima, keenam dan ketujuh pertandingan. Bagi yang berada di kedudukan kelapan hingga ke-10 pula, mereka turut mendapat hadiah berupa sebuah hamper. Untuk mendapatkan borang penyertaan dan pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi Koperal Iskandar di talian 019 8484420 atau Koperal Awang Ideris (014 8444411) pada waktu pejabat. |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan