Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya ... - Memancing di sarawak

Blog Admin | Ahad, April 13, 2014 | 0 ulasan

Pertandingan <b>Memancing</b> Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya <b>...</b> - Memancing di sarawak


Pertandingan <b>Memancing</b> Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2014 09:01 AM PDT

MIRI: Usaha Kelab Pemancing Miri memberi kesedaran dan mempromosikan Miri sebagai destinasi sukan memancing melalui Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Bandar Raya Miri (Miri City International Deep Sea Fishing Tournament) sejak diperkenalkan tahun 2005 telah membuahkan hasil.

Bahkan, menurut Setiausaha Jawatankuasa Penganjuran Pertandingan Simon Wee, Miri kini turut menjadi antara empat tempat yang dipromosikan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi destinasi memancing.

"Destinasi lain adalah Rompin di Pahang, Langkawi (Kedah) dan Kota Kinabalu (Sabah)," katanya.

Wee berkata demikian kepada pemberita bersama beberapa jawatankuasa penganjur yang lain ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai di sini baru-baru ini.

Dalam kunjungan berkenaan, Datuk Bandar diberi taklimat mengenai atur cara aktiviti tersebut yang akan berlangsung pada 15 Mei hingga 18 Mei yang turut merupakan antara program yang diselitkan dalam sambutan Miri May Fest.

"Pertandingan yang akan mempromosikan Miri sebagai antara destinasi sesuai untuk sukan memancing, turut akan diperhebatkan lagi dengan kehadiran Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijangka akan merasmikan pertandingan terbabit.

"Selain itu, Kementerian Pelancongan juga akan membawa bersama para pengamal media antarabangsa, tempatan dan Semenanjung Malaysia serta agensi industri pelancongan bagi menghadiri pertandingan itu kelak," jelasnya.

Katanya, dalam jangka panjang, pertandingan terbabit bukan hanya sebagai acara bagi merancakkan sambutan Miri May Fest di sini serta kalendar pelancongan negeri, bahkan akan diselitkan dalam kalendar kebangsaan.

Menurut Wee, sambutan kali ini turut memberangsangkan dengan penyertaan pemancing dari luar negara yang semakin bertambah saban tahun.

"Tahun ini kami menjangkakan sejumlah 120 pemancing di mana negara China merupakan jumlah yang terbesar iaitu seramai 32 orang.

"Kami turut menyasarkan pemancing dan penggemar sukan pancing dari Hong Kong, India, Australia dan negara-negara Eropah untuk mengambil bahagian," katanya sambil menambah turut menerima penyertaan dari Jerman dan Norway.

Wee berkata, pihaknya akan menyewa 10 bot bagi membawa peserta ke kawasan laut dalam.

Hadiah wang tunai RM12,000 menanti juara dengan tangkapan terbesar bagi kategori individu.

Bagi pemancing yang berjaya menangkap ikan 'Giant Trevally' minimum atau lebih 10 kilogram turut akan diberi ganjaran wang tunai RM1,000.

Manakala bagi hadiah khas bernilai RM3,000 akan diberikan kepada pemancing yang berjaya memecahkan rekod pada 2012 dengan melebihi 61.8 kilogram.

Pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu individu (tangkapan seekor ikan besar) dan berkumpulan (tangkapan tiga ekor berlainan ikan yang besar).

Tarikh tutup penyertaan pertandingan tersebut adalah pada 8 Mei 2014.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut berhubung pertandingan berkenaan boleh menghubungi Wee di talian 012-8501995, Brian Ang (019-8741000), Yee Chung Chai (019-8151818) atau Kuan Wei Sung (012-8739699).

Mereka yang berminat juga boleh melayari laman sesawang di www.mirianglersclub.com.

Sementara itu, Lai memuji usaha yang dilakukan kelab terbabit dalam membantu merancakkan industri pelancong yang sekali gus meningkatkan ekonomi negara dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan di sini.

Print Friendly

Press Metal Anjur Safari <b>Memancing</b> | <b>Sarawak</b> Online

Posted: 01 Apr 2014 05:38 AM PDT

Sempena Pesta Kaul Mukah 2014, kilang peleburan aluminium di Balingian, Press Metal Sdn Bhd menganjurkan Kaul Fishing Safari IV 2014.

Safari memancing akan diadakan di tasik  berhampiran kilang Press Metal, tasik yang dinamakan Tasik Cinta Press Metal Sarawak.

Safari ini terbuka kepada orang ramai, termasuk kepada NGO tajaan PKR yang mendakwa kilang tersebut telah mengakibatkan pencemaran kononnya tidak ada sebarang spesis hidupan boleh hidup sekitar kilang Press Metal.

Pastinya penganjuran Safari ini bukanlah yang kali pertama, dan sekaligus menidakkan penipuan NGO tajaan pembangkang.

Datanglah beramai-ramai menyertai Safari memancing tajaan Press Metal pada 19 April 2014.

Baca penipuan NGO di http://www.sarawakonline.com/2014/03/pms-penipuan-ngo-terbongkar-prkbalingian.html

Sang bedal &#39;hantui&#39; penduduk : my <b>Sarawak</b> – News coverage <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2014 11:29 AM PDT

Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  

Loading ... Loading ...

Kemunculan beberapa ekor buaya di Sg Paku jejas aktiviti di Kampung Tanjung, Spaoh

KEHADIRAN DITAKUTI: Seekor buaya bersaiz sederhana besar berjemur di tebingan sungai Kampung
Tanjung, Paku, Spaoh semalam.

BETONG: Kemunculan beberapa ekor buaya di muara Sungai Paku sejak beberapa hari lalu membimbangkan penduduk Kampung Tanjung, Spaoh. Penduduk mula mengesan kehadiran buaya-buaya bersaiz besar dan sederhana itu beberapa hari lalu dan ia kembali dilihat, semalam. Ketika tinjauan petang semalam, beberapa ekor buaya kelihatan berjemur di tebing sungai tidak jauh dari rumah penduduk. Salah seorang penduduk berkata, buaya-buaya itu menyebabkan penduduk kini berasa takut untuk mandi di sungai. "Buaya itu akan muncul secara tiba-tiba. Ia membuatkan penduduk ketakutan. Kami bimbang reptilia itu akan membaham kami dan penduduk di sini," ujarnya. Beliau berkata, beberapa ekor buaya yang muncul di gigi air sungai itu semuanya Kunjungan IIC ke kediaman Bolly perkukuh perpaduan masyarakat KONGSI ILMU: Aeries menunjukkan sebuah buku kepada Zabariah (tengah) dan Hirman semasa kunjungan IIC ke kediaman Bishop Agung Asia Tenggara Datuk Bolly Lapok di Kuching, semalam. — Gambar Chimon Upon KUCHING: Kunjungan Pusat Penerangan Islam (IIC) ke kediaman Bishop Agung Asia Tenggara Datuk Bolly Lapok dilihat dapat mengukuhkan lagi perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini. Penolong Bishop Kuching Aeries Sumping Jingan berkata, Sarawak sudah lama mempraktikkan semangat perpaduan meskipun mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama. Justeru, menurutnya, menerusi kunjungan IIC, ia dapat memantapkan lagi kesatuan dalam masyarakat khasnya antara umat Islam dan Kristian di negeri ini. "Kita di Sarawak memang sudah lama hidup dalam persaudaraan tanpa berlakunya perselisihan faham terutamanya berkaitan agama. "Saya berharap dengan kunjungan ini, ia dapat merapatkan lagi hubungan sesama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan perpaduan," ujarnya dalam ucapan ringkas bagi mewakili Bolly di kediaman Bishop Agung di Jalan McDougall di sini, semalam. Aeries memberitahu, konflik melibatkan agama timbul di Semenanjung Malaysia kerana ia dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. "Oleh itu, kita harus bersyukur kerana Sarawak bebas daripada konflik ini dan diharap ia dapat dikekalkan pada masa hadapan," tambahnya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IIC Zabariah Matali berkata, kunjungan itu bertujuan merapatkan lagi tali persaudaraan selain menerangkan dan memahami agama masing-masing supaya nilai dan rasa hormat dapat ditingkatkan. Pada masa sama, beliau memberitahu pusat itu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan agama untuk mendapatkan maklumat dan penerangan berkaitan agama. Hadir sama pada kunjungan semalam ialah Panel Penasihat IIC Dr Hirman Ritom, Ahli Teologi Hukum Gereja Keuskupan Kuching Revd Michael Wood, Setiausaha Keuskupan Rev John Sim Kim Chai, The Very Rev Michael Buma Galami dan kakitangan IIC. berukuran lebih dua meter panjang. Sebelum ini, tambahnya, buaya tidak kelihatan 'bersantai' di situ dan hanya mula berada di kawasan terbabit beberapa hari lalu. "Kami bimbang dengan keselamatan orang ramai khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi di sungai itu," katanya. Sementara itu, seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Martin berkata, buaya-buaya terbabit kali terakhir dilihat 16 tahun lalu, justeru ramai penduduk percaya ia menunjukkan semakin banyak buaya menghuni sungai di kampung mereka. "Walaupun penduduk di sini kurang melakukan aktiviti di sungai ini, namun kami khuatir kejadian tidak diingini berlaku sekiranya reptilia tersebut sering kelihatan dan berkumpul di sungai ini. "Namun, sebelum perkara tidak diingini terjadi dan ancaman reptilia itu perlu dihebahkan kepada orang ramai terutamanya kaki pancing dari luar yang datang memancing di situ," ujarnya. Selain itu, katanya, ibu bapa juga perlu mengawasi anak masing-masing supaya tidak bermain seorang diri di sungai. "Saya pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini, tetapi tidak pernah haiwan itu mengganggu penduduk atau kaki pancing yang sering mengunjungi sungai tersebut untuk memancing," ujarnya. Martin percaya, buaya-buaya itu mungkin tersasar keluar dari habitat asalnya ketika air pasang di muara Sungai Luban dan Sungai Putus di Spaoh baru-baru ini.

Category: Sarawak

Car2u.asia

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan