Sertai Pertandingan Memancing anjuran Polis Marin Sarikei, Rabu ini - Memancing di sarawak

Blog Admin | Isnin, April 28, 2014 | 0 ulasan

Sertai Pertandingan <b>Memancing</b> anjuran Polis Marin Sarikei, Rabu ini - Memancing di sarawak


Sertai Pertandingan <b>Memancing</b> anjuran Polis Marin Sarikei, Rabu ini

Posted: 20 Apr 2014 09:01 AM PDT

SARIKEI:  Comunity Policing (NKRA) Polis Marin Sarikei akan menganjurkan Pertandingan Memancing.

Pertandingan ini akan dilangsungkan pada 23 April (Rabu) ini, di Tebingan Sungai Nyelong Sarikei dan Pangkalan Polis Marin Wilayah 5 Sarikei.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua dan ia akan bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang pada hari pertandingan.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, yuran yang bakal dikenakan kepada setiap peserta pertandingan adalah sebanyak RM10 untuk sebatang joran.

Semua jenis ikan akan dipertandingkan dan hidupan air selain ikan yang berjaya ditangkap adalah tidak dikira.

Ikan yang berjaya ditangkap akan terus ditimbang manakala ikan yang ditimbang selepas tempoh pertandingan tamat tidak akan dikira.

Tarikh tutup untuk menghantar borang penyertaan pertandingan ini ialah pada 22 April (Selasa) sebelum jam 5 petang.

Kategori yang diambil kira bagi menentukan pemenang pada pertandingan ini adalah menerusi berat ikan.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pada pertandingan ini ialah RM600 untuk johan pertandingan, RM300 kedua, RM200 ketiga, RM100 keempat dan RM50 untuk tempat kelima, keenam dan ketujuh pertandingan.

Bagi yang berada di kedudukan kelapan hingga ke-10 pula, mereka turut mendapat hadiah berupa sebuah hamper.

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini, orang ramai boleh menghubungi Koperal Iskandar di talian 019 8484420 atau Koperal Awang Ideris (014 8444411) pada waktu pejabat.

Print Friendly

Pertandingan <b>Memancing</b> Laut Dalam <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b>

Posted: 12 Apr 2014 03:08 PM PDT

Sempena Pesta Kaul Mukah 2014, kilang peleburan aluminium di Balingian, Press Metal Sdn Bhd menganjurkan Kaul Fishing Safari IV 2014.

Safari memancing akan diadakan di tasik  berhampiran kilang Press Metal, tasik yang dinamakan Tasik Cinta Press Metal Sarawak.

Safari ini terbuka kepada orang ramai, termasuk kepada NGO tajaan PKR yang mendakwa kilang tersebut telah mengakibatkan pencemaran kononnya tidak ada sebarang spesis hidupan boleh hidup sekitar kilang Press Metal.

Pastinya penganjuran Safari ini bukanlah yang kali pertama, dan sekaligus menidakkan penipuan NGO tajaan pembangkang.

Datanglah beramai-ramai menyertai Safari memancing tajaan Press Metal pada 19 April 2014.

Baca penipuan NGO di http://www.sarawakonline.com/2014/03/pms-penipuan-ngo-terbongkar-prkbalingian.html

Older Post - <b>Pancing Sarawak</b> - Blogger - <b>Memancing di</b>

Posted: 22 Feb 2014 03:16 PM PST

Kolam Memancing Air Tawar Di Kuching | Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dimanakah lokasi memancing kolam air tawar di Kuching, Sarawak ini. Yelah, kaki pancing ni memang tak senang duduk rumah kalau terkenang kembali aksi menaikkan ikan keli 10kg tu kan. Ada masa lapang pasti akan turun ke mana saja untuk memancing. Dah kaki pancing kan haha..

Disini saya nak kongsikan dengan anda semua lokasi Kolam Memancing Kolam Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Senarai lokasi tersebut adalah:

1. Siniawan Fishing Ville

Siniawan Fishing Ville merupakan Kolam Memancing yang terletak 18.9 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Kolam Memancing berbayar ini menempatkan pelbagai jenis ikan didalam kolamnya, antaranya adalah: Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Tongsan, Ikan Pacu, Ikan Talapia, Ikan Sultan,Ikan Belidak, Ikan Rumput dan banyak lagi.

Berminat mengetahui lebih lanjut, anda boleh ke page facebook mereka disini- Siniawan Fishing Village dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor Hp ini- 013-818 9903.

2. Miracle Fishing Village Batu 14@ Miracle 28

Miracle Fishing Village adalah Kolam Memancing yang baru beroperasi pada bulan Oktober 2013. Kolam Memancing ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Seperti Kolam Memancing Air Tawar yang lain, kolam ini juga menempatkan Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Talapia, Ikan Pacu, Ikan Kaloi, Ikan Sultan, Ikan Tongsan dan lain-lain lagi.

Tauke Kolam Memancing ni tak pandai buka page facebook, so tak ada lah page kolam baru ni. Mungkin lepas tauke neo tu dah belajar ada page lah kot hehe..Jika berminat, boleh hubungi nombor ini- 014-8798228.

3. Kolam Memancing Kampung Semaba

Kolam Memancing di Kampung Semaba ni belum pernah lagi saya cuba memancing, dengar khabar banyak Ikan Siakap dekat sini. Selain itu, Ikan Patin dan Ikan Pacu dengan saiz besar ada disni. Jika berminat boleh tengok map dibawah dan rasai sendiri pengalamannya.

Kolam ni terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching, kira-kira 15 kilometer kalau tak silap. Dengan melalui Jalan Semaba, kolam ini di Lorong 10.


Nombor untuk dihubungi tak dapat saya berikan, yelah saya sendiri belum ke kolam ni. Kalau berkesempatan pasti akan mencuba di kolam ni.

Setakat ini, hanya 3 Kolam Memancing Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Kolam yang pernah disebut-sebut dan tiada kepastian lokasi tu belum sempat disiasat lokasi sebenar. Jika ada, akan saya kongsikan disini. Sekian.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan