Udang galah banyak selepas berakhirnya ... - Pancing Sarawak - Memancing di sarawak

Blog Admin | Rabu, Februari 26, 2014 | 0 ulasan

Udang galah banyak selepas berakhirnya <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b> - Memancing di sarawak


Udang galah banyak selepas berakhirnya <b>...</b> - <b>Pancing Sarawak</b>

Posted: 21 Feb 2014 03:37 PM PST

Javien Aaron | Sabtu, Februari 22, 2014 | 0 ulasan


Udang galah banyak selepas berakhirnya tengkujuh – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2014 09:06 AM PST

KUCHING: Musim udang galah kembali lagi di sepanjang Batang Kayan di Kampung Selampit yang terletak dalam daerah Lundu, kira-kira satu jam pemanduan dari pusat bandar raya ini.

Sebaik berakhirnya musim tengkujuh, udang galah Selampit yang amat popular dengan rasanya yang segar sedia menerima kunjungan kaki pancing dari kampung berkenaan dan dari luar.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan dalam laman sosial Facebook, seorang kaki pancing memberitahu bahawa musim udang telah bermula pada awal bulan ini dan dijangka berpanjangan sehingga bulan Julai.

Udang galah yang terdapat di sepanjang Batang Kayan merupakan antara yang popular di kalangan penggemar udang sama ada dari sekitar daerah ini mahupun luar daerah.

Ini kerana menurut kaki pancing di sini, udang galah yang diperolehi dari sungai ini memiliki rasa yang segar dan manis sama ada yang bersaiz kecil mahupun besar.

Maka tidak hairanlah Kampung Selampit menjadi tumpuan kaki pancing yang datang dari pelbagai tempat termasuk dari pusat bandar raya untuk memancing sambil beriadah bersama rakan-rakan terutama pada hujung minggu.

Untuk memancing udang di Kampung Selampit, pengunjung dan kaki pancing digalakkan untuk keluar awal pagi dan kembali semula menjelang senja.

Terdapat perahu dan enjin disediakan oleh penduduk kampung untuk disewa oleh kaki pancing pada kadar berpatutan.

Jika bernasib baik, seorang kaki pancing mungkin mampu memperolehi lebih daripada sekilogram udang sehari tidak termasuk hasil-hasil sungai lain seperti ikan yang jarang ditemui di pasar-pasar basah.

Print Friendly

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan