Bot karam, kaki pancing hilang - The Borneo Post Online - Memancing di sarawak

Blog Admin | Jumaat, Februari 07, 2014 | 0 ulasan

Bot karam, kaki <b>pancing</b> hilang - The Borneo Post Online - Memancing di sarawak


Bot karam, kaki <b>pancing</b> hilang - The Borneo Post Online

Posted: 01 Feb 2014 08:24 AM PST

KABONG: Sekumpulan tu­juh kaki pancing berhadapan dengan kejadian mence­maskan apabila bot yang di­naiki mereka terbalik dipukul ombak kuat di Simpang Tiga Tanjung Kuali, di sini, petang Rabu lalu.

Berikutan itu, seorang pe­numpang bot terbabit yang dikenali sebagai Nurul Aizan Daraman, 24, telah hilang manakala enam rakannya berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke tepi den­gan berpaut pada bot yang terbalik.

Mangsa terselamat ialah Chee Mat, 24, Mohamad Azhar Salleh, 24, Abang Mohd Shammyl Abang Man­sor, 24, Mohd Hafizul Izzani Abang Mansor, 17, Mohd Zulhelmi Bolhassan, 17, dan Aman Affendi, 31.

Mangsa hilang merupakan seorang kakitangan di Hospi­tal Saratok.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sara­tok, sehingga jam 4.40 petang semalam belum ada sebarang berita mengenai penemuan mangsa.

"Usaha mencari dan menyelamat mangsa diter­uskan pada hari ini (Ahad) sekiranya mangsa masih be­lum ditemui," jelasnya.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak petang hari kejadian oleh penduduk kampung ber­sama pihak polis, bomba, RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) dan Maritim.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan