Udang galah banyak selepas berakhirnya tengkujuh – BorneoPost ... - Memancing di sarawak
Udang galah banyak selepas berakhirnya tengkujuh – BorneoPost <b>...</b> - Memancing di sarawak |
Udang galah banyak selepas berakhirnya tengkujuh – BorneoPost <b>...</b> Posted: 02 Feb 2014 09:06 AM PST KUCHING: Musim udang galah kembali lagi di sepanjang Batang Kayan di Kampung Selampit yang terletak dalam daerah Lundu, kira-kira satu jam pemanduan dari pusat bandar raya ini. Sebaik berakhirnya musim tengkujuh, udang galah Selampit yang amat popular dengan rasanya yang segar sedia menerima kunjungan kaki pancing dari kampung berkenaan dan dari luar. Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan dalam laman sosial Facebook, seorang kaki pancing memberitahu bahawa musim udang telah bermula pada awal bulan ini dan dijangka berpanjangan sehingga bulan Julai. Udang galah yang terdapat di sepanjang Batang Kayan merupakan antara yang popular di kalangan penggemar udang sama ada dari sekitar daerah ini mahupun luar daerah. Ini kerana menurut kaki pancing di sini, udang galah yang diperolehi dari sungai ini memiliki rasa yang segar dan manis sama ada yang bersaiz kecil mahupun besar. Maka tidak hairanlah Kampung Selampit menjadi tumpuan kaki pancing yang datang dari pelbagai tempat termasuk dari pusat bandar raya untuk memancing sambil beriadah bersama rakan-rakan terutama pada hujung minggu. Untuk memancing udang di Kampung Selampit, pengunjung dan kaki pancing digalakkan untuk keluar awal pagi dan kembali semula menjelang senja. Terdapat perahu dan enjin disediakan oleh penduduk kampung untuk disewa oleh kaki pancing pada kadar berpatutan. Jika bernasib baik, seorang kaki pancing mungkin mampu memperolehi lebih daripada sekilogram udang sehari tidak termasuk hasil-hasil sungai lain seperti ikan yang jarang ditemui di pasar-pasar basah. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Mangsa kedua bot karam <b>di</b> Muara Payang dijumpai penduduk <b>...</b> Posted: 02 Feb 2014 09:00 AM PST SARIKEI: Mangsa kedua bot karam di Muara Payang di sini, Anthony Abell Jimmy, 18, dijumpai penduduk kampung pada jam 9.20 malam kelmarin. Mayat Anthony dijumpai di sekitar kawasan Muara Payang iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, dengan penemuan tersebut maka operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejak hari kejadian (Rabu lalu) dihentikan. "Sebaik sahaja ditemui, mayat mangsa terus dibawa ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa," katanya. Mayat Anthony ditemui dalam tempoh 10 jam selepas penemuan mayat rakannya, Freddy Samuel Ali, 14, pada sebelah pagi iaitu jam 11.04 pagi kelmarin. Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa lemas setelah bot yang dinaiki bersama dua lagi rakan lain terbalik ketika memancing udang di Muara Payang terletak kira-kira satu kilometer dari Tanah Putih di sini, petang Rabu lalu. Pada kejadian tersebut, Freddy dan Anthony dikhuatiri lemas manakala rakannya, Edison Jang Ali, 13, dan Leornado David, 14, sempat diselamatkan penduduk kampung berdekatan. Kejadian dipercayai berlaku apabila perahu dinaiki empat sahabat terbabit tiba-tiba dipukul gelombang besar. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from memancing di sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan